Roboh pangkalan haram mampu bendung penyeludupan di Kelantan - KPN

Iklan
Mohd Khalid

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini mampu dibendung apabila kerja-kerja merobohkan pangkalan haram dilakukan tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya turut menuntut kerjasama semua agensi dalam membantu membanteras kegiatan haram itu.

Iklan
Iklan

"Sekarang ini penguatkuasaan oleh Polis Kelantan begitu ketat dan banyak isu-isu yang telah diselesaikan," katanya katanya semasa sidang akhbar pada Jumaat.

Sebelum itu beliau merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Ke-17 Sempena Peringatan Hari Polis Ke-218 di sini.

Iklan

Media pada 18 Ogos lalu melaporkan sebanyak 212 pangkalan haram sepanjang Sungai Golok telah dikenal pasti untuk dirobohkan dalam operasi bersepadu pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama agensi keselamatan.

Menurut Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, langkah itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan bagi mengekang kegiatan penyeludupan serta memastikan kawalan sempadan lebih terjamin.

Iklan

Empat jajahan yang terlibat ialah Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli yang akan menubuhkan pasukan khas diketuai Pejabat Daerah dan dianggotai pelbagai pihak termasuk PTG, PBT, PGA, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).