Reformasi Parlimen perkukuh akauntabiliti demokrasi Malaysia - PM
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga kanan) melawat ruang pameran sempena Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata reformasi Parlimen yang sedang berlangsung di Malaysia adalah penting bagi memperkukuh akauntabiliti demokrasi dan memastikan sistem tadbir urus yang benar-benar mencerminkan aspirasi rakyat.
Beliau berkata, beberapa inisiatif utama seperti penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen dan pengenalan sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) sebagai pencapaian penting yang mencerminkan peralihan ke arah ketelusan serta akauntabiliti lebih besar dalam proses Parlimen Malaysia.
Iklan
Iklan
Anwar juga berkata dengan sokong kuat Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara, Malaysia telah berjaya melaksanakan antara reformasi paling beraninya iaitu menerusi Akta Perkhidmatan Parlimen.
"Malaysia telah memulakan beberapa agenda reformasi ini, dan saya berbangga untuk menyatakan bahawa dengan sokongan kedua-dua Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kita telah memperkenal satu perubahan yang sangat radikal iaitu Akta Perkhidmatan Parlimen, satu pencapaian luar biasa kerana institusi Parlimen kini bebas sepenuhnya daripada pengurusan kerajaan,” katanya.
Iklan
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Anwar berkata reformasi itu mendapat sokongan dwipartisan dengan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang bersetuju tentang kepentingannya dalam memperkukuh kebebasan Parlimen.
Iklan
Beliau berkata, satu lagi langkah penting ialah penubuhan Jawatankuasa Pilihan yang melibatkan penyertaan wakil rakyat kerajaan serta pembangkang bagi menyediakan mekanisme semak dan imbang selain memastikan bahawa Parlimen benar-benar mewakili suara semua pihak.
Perdana Menteri juga berkata, pengenalan sesi PMQT telah meletakkan kerajaan di bawah pengawasan lebih ketat kerana beliau perlu memberikan jawapan secara langsung berhubung isu penting setiap minggu.
"Pada awalnya, saya sendiri tidak pasti sama ada saya membuat keputusan yang tepat tetapi kini saya terikat dengannya setiap minggu... namun, setelah menilainya secara peribadi, saya harus katakan bahawa ia adalah satu wacana yang sihat.
"Ia membuatkan Perdana Menteri dan kerajaan sentiasa berhati-hati dan inilah yang memberikan makna sebenar kepada apa yang kita panggil sebagai akauntabiliti demokrasi,” katanya.
AKAN MENYUSUL 
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>