Reman lelaki tikam isteri disambung enam hari

Iklan
Reman lelaki tikam isteri disambung sehingga 24 September depan bagi membantu siasatan.

SUNGAI PETANI - Reman ke atas lelaki yang disyaki menikam isteri dan seorang lagi mangsa di Taman Nona, Guar Chempedak, Yan disambung enam hari lagi sehingga 24 September depan.

Perintah sambung reman dibenarkan Majistret Noor Fazlina Musa di Mahkamah Sungai Petani dan selesai kira-kira jam 11 pagi Khamis.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, suspek berusia 29 tahun direman selama enam hari sehingga 18 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, lanjutan reman itu dipohon bagi membantu polis melengkapkan siasatan kes terbabit.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dengan beberapa kesan tikaman pada badan di Taman Nona, Guar Chempedak, Yan.

Mangsa lelaki dijumpai dalam keadaan terlangkup di atas jalan di hadapan sebuah rumah, manakala mangsa wanita di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.

Iklan

Jarak lokasi mangsa lelaki ditemui dengan kereta adalah kira-kira tujuh meter.