[VIDEO] Lelaki pakai kostum kartun mengaku amang seksual budak perempuan enam tahun

Iklan

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang memakai kostum kartun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Tertuduh, Mohd Fariz Ibrahim, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa dengan cara memeluk dan menyentuh kemaluan kanak-kanak itu di Taman Permainan Pantai Irama, Bachok kira-kira jam 6.20 petang pada 11 September lalu.

Lelaki yang memakai kostum kartun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Iklan

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 23 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.