Lelaki bergaduh ditegur merokok ditahan selepas pulang 'ride' dari Thailand

Iklan
Tangkap layar rakaman video CCTV di sebuah restoran di Shah Alam memaparkan pergaduhan seorang lelaki yang berang ditegur merokok dengan pasangan suami isteri.

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang tular merokok dan bergaduh dengan pasangan suami isteri di sebuah restoran di Seksyen 7 di sini 11 September lalu ditahan polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 49 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang di Persiaran Kayangan Seksyen 9 di sini selepas pulang berkonvoi motosikal dari Thailand.

Iklan
Iklan

Katanya, suspek yang bekerja sebagai mekanik motosikal itu tiada rekod jenayah lampau.

"Ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Iklan

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, seorang wanita hamil lapan bulan berasa kurang senang akan perbuatan suspek menghisap rokok di kedai makan kerana bimbang menganggu kesihatannya dan kandungannya.

Iklan

Wanita dan suaminya telah meminta pekerja restoran untuk menegur suspek, namun tidak diendahkan.

Suami wanita terbabit kemudian telah menegur suspek sebanyak tiga kali, namun tidak diendahkan sebelum suspek terus bangun dan menghampiri meja pasangan terbabit.

Pertengkaran berlaku dan kemudiannya menjadi insiden tolak menolak dan suspek terus beredar meninggalkan restoran.