Pendakian Gunung Besar Hantu, Trans Naning wajib guna malim gunung mulai 1 Oktober
Iklan
Aminuddin.
SEREMBAN - Semua aktiviti pendakian di Gunung Besar Hantu dan Trans Naning diwajibkan menggunakan khidmat Malim Gunung Perhutanan yang berdaftar di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) bermula 1 Oktober ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, langkah itu sejajar dengan usaha meningkatkan keselamatan pendaki selain memastikan pengurusan trek lebih sistematik dan teratur.
Iklan
Iklan
"Seramai 77 Malim Gunung Perhutanan telah didaftarkan di bawah JPNS tahun ini. Pendaftaran ini membolehkan jabatan bekerjasama lebih erat dengan mereka, termasuk dalam pengurusan trek pendakian.
"Ia juga menjadikan mereka mata dan telinga jabatan dalam memastikan kawasan ekopelancongan sentiasa terpelihara,” katanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam Ekspresi Alam: Peluncuran Publisiti Ekopelancongan Hutan Negeri Sembilan di sini malam Rabu.
Iklan
Majlis itu diadakan sempena Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia (PPNSM) Ke-45 yang berlangsung selama empat hari bermula semalam.
Turut hadir, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Zahari Ibrahim.
Iklan
Aminuddin berkata, produk ekopelancongan berasaskan hutan antara penyumbang hasil negeri apabila merekodkan kehadiran 383,961 pengunjung dengan kutipan RM807,560 pada 2024, manakala sehingga Julai lepas mencatat 278,512 pengunjung (RM608,440).
Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, kerajaan Persekutuan turut meluluskan projek Sky Walk bernilai RM3 juta di Hutan Simpan Pasir Panjang, Port Dickson, yang mula dilaksanakan tahun ini dan dijangka siap pada 2027.
"Produk ekopelancongan berasaskan hutan di Negeri Sembilan turut mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan termasuk Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori Sains dan Teknologi melalui Hutan Simpan Sungai Menyala,” katanya.
Sementara itu, Zahari berkata, PPNSM kali ini membentangkan 12 kertas kerja berkaitan isu semasa sektor perhutanan termasuk perlombongan unsur nadir bukan radioaktif (NRREE) dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) serta penguatkuasaan dan pelesenan Persatuan Malim Gunung.
Beliau berkata, kawasan berhutan negara kini meliputi 18 juta hektar atau 54.58 peratus daripada keluasan tanah Malaysia, manakala di Semenanjung Malaysia sahaja sebanyak 5.74 juta hektar (44 peratus) direkodkan setakat ini.
"Daripada jumlah itu, seluas 4.85 juta hektar diwartakan sebagai HSK yang diurus secara lestari oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan jabatan perhutanan negeri,” katanya. - Bernama
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.