Pei Kee–Mei Xing tewas bermaruah di Shenzhen

Iklan
Pei Kee–Mei Xing menampilkan karakter melawan tinggi di Shenzhen.

BEREGU wanita negara, Go Pei Kee–Teoh Mei Xing hampir melakar kejutan ke atas pilihan kesembilan dunia, Wong Li Yi Jing–Luo Xu Min sebelum akur tersingkir di pusingan pertama Masters China Super 750 di Shenzhen Arena pada Rabu.

Pasangan ranking kesembilan dunia dari China itu dipaksa bekerja keras selama satu jam empat minit untuk menundukkan wakil Malaysia, 21-19, 12-21, 21-19.

Iklan
Iklan

Pei Kee–Mei Xing nyaris merampas set pembukaan dalam perlawanan sengit sebelum tewas 19-21.

Biarpun begitu, Pei Kee–Mei Xing kembali bangkit bertenaga mengalahkan Li Yi Jing–Xu Min, 21-12 untuk menyamakan kedudukan.

Iklan

Set ketiga, kedua-dua beregu menampilkan permainan lebih agresif menyaksikan saling mengejar mata.

Namun, perjuangan Pei Kee–Mei Xing untuk ke pentas 16 terbaik tidak kesampaian apabila tewas 19-21 meskipun memberi tekanan hingga ke mata terakhir.

Iklan