Wei Chong–Kai Wun harungi drama tiga set di Shenzhen

Iklan
Wei Chong–Kai Wun melangkah ke pusingan kedua Masters China selepas melepasi ujian Christo–Toma Junior.

BEREGU badminton lelaki negara, Man Wei Chong–Tee Kai Wun, mempamerkan ketenangan dan kekuatan fizikal apabila menewaskan pasangan Perancis, Christo Popov–Toma Junior Popov, dalam aksi pusingan pertama Masters China Super 750 di Shenzhen Arena, Rabu.

Pasangan ranking dunia ke-15 itu bermula garang dengan kemenangan 21-11 sebelum gandingan Popov berkenaan bangkit dengan kemenangan 27-25 dalam pertarungan sengit set kedua.

Iklan
Iklan

Set ketiga, pengalaman dan ketenangan Wei Chong–Kai Wun memastikan gandingan meningkat naik itu meraih mata-mata kritikal untuk kemenangan 21-15 dalam tempoh 58 minit.

Keputusan itu sekali gus mengekalkan rekod bersih Wei Chong–Kai Wun ke atas Christo –Toma Junior 4-0 dalam pertemuan sebelum ini.

Iklan

Pusingan kedua, Wei Chong–Kai Wun bakal menanti pemenang perlawanan antara wakil Jepun,

Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura menentang Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana dari Indonesia.

Iklan