Bekas Exco Selangor, Raja Ideris Raja Ahmad meninggal dunia

Iklan
Foto Facebook Rizam Ismail.

SHAH ALAM - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad meninggal dunia pada usia 81 tahun kerana sakit tua, pagi Rabu.

Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak dari 1990 hingga 2008 dan ADUN Sungai Air Tawar dari 2008 hingga 2013 itu meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 7 di sini.

Iklan
Iklan

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail yang mengesahkan berita itu berkata, jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.

"Saya dan seluruh pimpinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Iklan

"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," katanya kepada Bernama.

Raja Ideris pernah menyandang tugas Exco kepada dua Menteri Besar Selangor iaitu, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohamad Khir Toyo dengan memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Perikanan serta Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli, dan Pembangunan Usahawan. - Bernama

Iklan