Suspek kes bunuh Charlie Kirk didakwa, berdepan hukuman mati

Iklan
Tyler Robinson (kanan) suspek yang dituduh membunuh aktivis politik Amerika Syarikat (AS) Charlie Kirk (kiri) telah didakwa secara rasmi atas kesalahan membunuh.

LOS ANGELES - Tyler Robinson, suspek yang dituduh membunuh aktivis politik Amerika Syarikat (AS) Charlie Kirk telah didakwa secara rasmi atas kesalahan membunuh, menurut pihak berkuasa Utah pada Selasa, lapor Xinhua.

Selain itu, Robinson turut berdepan beberapa pertuduhan lain termasuk menghalang siasatan, melepaskan tembakan menggunakan senjata api hingga menyebabkan kecederaan serius, mengganggu saksi serta melakukan jenayah keganasan di hadapan kanak-kanak, kata Peguam Daerah Utah Jeff Gray pada sidang akhbar.

Iklan
Iklan

Gray berkata, pihak pendakwa akan menuntut hukuman mati terhadap suspek, sambil menjelaskan bahawa peluru yang mengenai Kirk hampir mengenai beberapa individu lain.

Kirk, 31, ditembak di bahagian leher ketika berucap di hadapan orang ramai pada acara debat terbuka"Prove Me Wrong” di Universiti Utah Valley sekitar tengah hari Rabu lalu.

Iklan

Kira-kira 33 jam selepas insiden itu, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di Washington County, Utah. -Bernama 

 

Iklan