Chelsea tidak ambil kisah kata orang

Iklan
Reece James.

KAPTEN Chelsea, Reece James menegaskan kelab London itu kembali ke pentas yang sepatutnya diduduki iaitu Liga Juara-Juara menjelang aksi sulung menentang Bayern Munich di Allianz Arena, Munich pada Khamis.

Menurut James, kejayaan menewaskan juara Liga Juara-Juara musim lalu, Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi final Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat baru-baru ini membuktikan skuad kendalian Enzo Maresca mampu menyaingi gergasi bola sepak Eropah.

Iklan
Iklan

“Sejujurnya menjadi kapten Chelsea di pentas Liga Juara-Juara merupakan impian yang menjadi kenyataan.

“Saya sudah lama di sini menyaksikan perubahan dan penyesuaian yang dilalui pasukan dan kini kami berada di landasan tepat,” katanya.

Iklan

Pada masa sama, James menegaskan keyakinan terhadap kemampuan Chelsea untuk melangkah lebih jauh musim ini biarpun terdapat pelbagai pandangan luar cuba meremehkan peluang The Blues.

“Kami menamatkan musim lalu dengan cukup baik dan saya mahu momentum itu dibawa ke saingan kali ini.

Iklan

“Saya tidak ambil kisah apa orang lain kata kerana yang penting kami percaya dengan kekuatan pasukan.

“Kami tahu kami boleh pergi jauh dengan skuad yang ada sekarang, dan itu sahaja yang penting,” tegasnya.