SINGAPURA - Seorang lelaki Malaysia ditahan selepas pihak berkuasa di Linkedua Tuas menggagalkan cubaan menyeludup lebih 18,400 rokok elektronik (vape) dan 1,400 komponen berkaitan ke Singapura dengan sebuah lori pada Isnin.
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata, rampasan itu merupakan yang terbesar melibatkan penyeludupan vape di pusat pemeriksaan darat Singapura sejak hukuman lebih berat dikuatkuasakan pada 1 September lepas.