Negara Islam perlu terus kuat, bersatu menentang Israel - Anwar

Iklan
Anwar ketika berucap pada Himpunan Pendekar Madani di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh pada Selasa. Foto Bernama

PERMATANG PAUH - Dunia Islam perlu terus kuat dalam mendepani kekejaman dan kezaliman Zionis Israel yang terus menindas rakyat Palestin sehingga kini.

Gesaan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas rejim Zionis itu terus bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila sanggup menyerang negara jiran, Qatar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, adalah wajar semua negara Islam tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel yang menindas rakyat.

“Dunia Islam perlu membina seluruh kekuatan dalam mengukuhkan ekonomi, pertahanan dan perjuangan agama supaya tidak sesekali ditindas.

Iklan

“Dalam ucapan saya di depan raja-raja dan ketua-ketua negara Arab, negara Islam satu dunia, saya katakan jangan kita akui, jangan kita ada hubungan diplomatik dengan Israel sama sekali dan jangan berdagang, jangan berkawan dengan negara zalim yang menindas rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Pendekar Madani di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, di sini pada Selasa.

Iklan

Pada Isnin, Anwar menghadiri sidang kemuncak itu atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, susulan serangan Israel terhadap Doha baru-baru ini.

Sidang kemuncak itu turut dihadiri pemimpin negara-negara Islam termasuk Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Presiden Palestin, Mahmud Abbas; dan Raja Jordan, Raja Abdullah II Al Hussein.