Banjir Sabah: Pelajar UMS tidak sangka cuti semester terpaksa berteduh di PPS
Iklan
Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyantuni mangsa-mangsa banjir Kinarut di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Lok Kawi Height Kinarut, Papar hari ini. Foto: Bernama
PAPAR - Cuti semester kali ini memberi pengalaman baharu tidak dijangka bagi seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) apabila buat pertama kali terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman keluarganya di Kampung Kinarut Tengah, dekat sini, dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak Sabtu lepas.
Nurul Izzati Ridzwan, 18, berkata, keluarganya mengambil keputusan untuk berlindung di PPS Dewan Lok Kawi Height setelah melihat keadaan banjir semakin teruk dan khuatir mengancam keselamatan.
Iklan
Iklan
"Saya belajar di UMS dan sekang sedang bercuti, tidak sangka pula banjir teruk. Sebelum ini rumah pernah dinaiki air tapi tidaklah seteruk seperti semalam.
"Awalnya kami fikir hanya dipindahkan ke masjid saja tetapi tidak sangka air naik mendadak. Jadi terpaksa berpindah ke sini sebab masjid pun banjir. Kami pilih dipindahkan ke PPS kerana lebih selamat," katanya ketika ditemui Bernama di PPS itu hari ini.
Iklan
Setakat 12 tengah hari tadi, 224 orang daripada 65 keluarga di Papar berlindung di empat PPS yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir dan tanah runtuh di daerah itu.
Jumlah penduduk berlindung di Dewan Lok Kawi Height yang dibuka pada 5 petang semalam sebanyak 82 orang daripada 25 keluarga.
Iklan
Nurul Izzati turut memuji agensi penyelamat bertugas yang bertindak pantas dan cekap dalam membantu proses memindahkan penduduk ke PPS.
Peniaga kecil, Mohd Nur Suffian Mohd Yusof, 43, pula berkata, dia akur dengan arahan dan nasihat agensi keselamatan supaya berpindah ke PPS bagi memastikan keselamatan keluarga terutama tiga anaknya yang berumur 16 hingga tiga tahun.
"Sebelum ini banyak kali juga rumah dinaiki air tapi ini kali pertama kami memutuskan untuk berpindah ke PPS selepas melihat air mencecah paras pinggang. Kami ikut dan terima arahan kerana memikirkan keselamatan anak-anak," katanya yang tinggal di Kampung Seri Menanti, Kinarut.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, keutamaan sekarang adalah menghantar bekalan makanan kepada penduduk yang terputus hubungan.
"Mereka yang berdepan banjir serta risiko tanah runtuh juga dikeluarkan segera dari kawasan terbabit untuk ditempatkan di PPS disediakan di Papar,” katanya.
Ahli Parlimen Papar itu turut menasihati penduduk supaya tidak menunggu hingga saat akhir untuk berpindah ke PPS sekiranya hujan berterusan dan kediaman mereka terutama yang terletak di cerun bukit berdepan risiko tanah runtuh. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>