Polis buru lelaki cabul kanak-kanak perempuan di kopitiam

Iklan
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di Kulai. Gambar hiasan

KULAI - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah kopitiam di Batu 19 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 7.30 malam.

Iklan
Iklan

“Mangsa mendakwa telah dicabul oleh seorang lelaki ketika berada di premis berkenaan.

“Kini pihak polis sedang mengenal pasti suspek untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 

Iklan