Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang hampir 2 bulan di Skudai

Iklan
Voo Zhi Lin

JOHOR BAHRU - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Tan Sri Yacob, Skudai, sejak 23 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Voo Zhi Lin oleh datuknya yang berusia 68 tahun pada 26 Julai pada jam 11.24 pagi.

Iklan
Iklan

"Remaja itu kali terakhir dilihat berada di rumah datuknya di Taman Tan Sri Yacob. Butiran fizikalnya ialah berketinggian 145 sentimeter dan berat kira-kira 50 kilogram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung remaja itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Wilford Carter Blaydes di talian 013-8498448 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 / 07-5114486. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan