Guru besar ditahan lagi disyaki lakukan amang seksual

Iklan
Suspek disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 14 tahun di sebuah sekolah tahfiz. Foto hiasan

KUALA TERENGGANU - Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, polis menahan lelaki berusia 46 tahun itu pada jam 7.30 malam semalam di Tumpat, Kelantan.

Seorang mudir atau guru besar sekolah pondok yang telah didakwa di mahkamah atas kesalahan amang seksual sekali lagi ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan sama di Kuala Nerus di sini, pada Februari lepas.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan siasatan awal, suspek disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 14 tahun di sebuah sekolah tahfiz di Batu Rakit, Kuala Nerus kira-kira jam 9 malam Februari," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Azli berkata, suspek yang memiliki rekod jenayah lampau kes seksual dan penganiayaan terhadap kanak-kanak ditahan reman lima hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Iklan

Pada Khamis lepas, lelaki itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelantan atas tujuh tuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki dan memiliki gambar lucah yang didakwa dilakukan sejak Jun 2024 hingga Ogos lepas. - Bernama

 

Iklan