Anggota tentera maut, rakan hilang ketika operasi di Pulau Mataking

Iklan
Seorang anggota tentera maut dan seorang lagi masih hilang di perairan Pulau Mataking, Semporna. Gambar hiasan

SEMPORNA – Seorang anggota tentera maut manakala seorang lagi masih hilang ketika melaksanakan Operasi PASIR Sektor Semporna Siri 3/2025 di perairan Pulau Mataking pada Jumaat.

Bahagian Hal Ehwal Awam, Markas Angkatan Tugas Bersama 2 Pangkalan Operasi Hadapan (POH) Kem Kukusan, Tawau dalam kenyataan memaklumkan, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, 20, dari Kompeni C, Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD).

Iklan
Iklan

"Muhammad Irfan ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian ketika usaha rawatan kecemasan diberikan pasukan perubatan.

"Seorang lagi anggota, Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar, 27, masih belum ditemui sehingga kini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Katanya, usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta pasukan sahabat.

"Insiden tersebut dipercayai berpunca daripada kejadian lemas, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Iklan

"Sebarang perkembangan berhubung insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.