Cadangan UMANY mansuh matrikulasi semberono, sempit - Siswa Bersatu Malaysia

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai desakan UMANY mansuh program matrikulasi, STPM jadi piawaian tunggal.

SHAH ALAM - Cadangan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) supaya program matrikulasi dimansuhkan sebagai laluan ke universiti awam disifatkan sebagai semborono dan sempit.

Presiden Siswa Bersatu Malaysia, Ameer Hazeem Mohd Zaky berkata, UMANY membuat perbandingan silibus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi secara tidak berasas apabila mendakwa STPM lebih baik tanpa penelitian jelas.

Iklan
Iklan

“Kaedah kuota kemasukan pelajar ke universiti tidak lagi diguna pakai kerana sistem meritokrasi telah dilaksanakan sejak 2002.

“Perkara ini sepatutnya disedari UMANY, lebih-lebih lagi individu yang mengeluarkan kenyataan itu sendiri merupakan lepasan Matrikulasi Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Terdahulu, UMANY menggesa kerajaan memansuhkan matrikulasi dan hanya menggunakan keputusan STPM sebagai penanda aras tunggal kemasukan ke universiti awam.

Presidennya, Tang Yi Ze, berhujah bahawa silibus STPM lebih mencabar serta mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Iklan

Mengulas lanjut, Ameer Hazeem berkata, Siswa Bersatu mengambil maklum isu berkenaan rentetan seorang pelajar STPM yang gagal diterima masuk ke universiti pilihan.

“Namun, perkara ini perlu dilihat secara objektif kerana meritokrasi memainkan peranan penting dalam kemasukan pelajar, iaitu menilai pencapaian akademik dan penglibatan kokurikulum secara menyeluruh.

“Kami berharap UMANY atau mana-mana pihak tidak mempolemikkan isu ini dengan cadangan dangkal. Sebaliknya, bincanglah secara kritis dan matang bagaimana sistem meritokrasi boleh ditambah baik.

“Siswa Bersatu sentiasa bersedia untuk berdiskusi dengan semua pihak demi kebaikan pelajar dan mahasiswa pada masa depan,” katanya.