KUALA LUMPUR - Suasana tegang menyelubungi Kampung Sungai Baru, Kampung Baru di sini pada pagi Khamis apabila pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan arahan 'pecah pintu' selepas beberapa penduduk enggan keluar dari rumah masing-masing.
Dalam operasi itu, polis turut memasang khemah kawalan dan mengetatkan sekatan di laluan masuk bagi mengawal keadaan.
Tinjauan mendapati, beberapa penduduk masih berkeras malah ada yang cuba melakukan provokasi sebelum berjaya dikawal.
Meskipun berdepan suasana tegang, operasi itu tetap diteruskan dengan pemantauan ketat pihak berkuasa.
Operasi pengusiran itu merupakan kali kedua dilaksanakan selepas cubaan pertama pada 16 Julai lalu bagi mengeluarkan 14 keluarga gagal.
Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru sebelum ini mendapat tentangan sebahagian penduduk walaupun majoriti sudah menerima tawaran pampasan dan berpindah keluar lebih awal.
Suasana tegang berikutan operasi pengusiran di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru di sini pada Khamis.