Israel semakin mengganas, gila berperang

Iklan
Anggota tentera dikerahkan untuk berkawal di lokasi serangan di selatan Beirut pada Selasa.

SITUASI keselamatan di rantau Asia Barat semakin tidak menentu selepas Israel terus memperluaskan operasi ketenteraan mereka di Syria dan Lubnan ketika serangan ganas diperhebatkan ke atas Genting Gaza.

Menurut sumber keselamatan, Zionis menggempur selatan Beirut pada Selasa selepas media melaporkan sebuah kenderaan musnah dibedil.

Iklan
Iklan

“Serangan dron itu mengenai sebuah kereta antara bandar Jiyeh dan Barja. Ia menyasarkan pejuang Hizbullah dan mangsa dilaporkan cedera,” menurut agensi berita tempatan merujuk kepada kawasan terletak kira-kira 30 kilometer di selatan ibu kota.

Operasi tersebut dilancarkan sehari selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa ia mengebom beberapa sasaran milik Hizbullah di timur Lembah Bekaa termasuk kemudahan latihan digunakan unit elit Radwan.

Iklan

Kementerian Kesihatan Lubnan mengesahkan sekurang-kurangnya lima terkorban dalam serangan itu.

Selain itu, rangkaian media di Syria mendakwa Zionis telah menyerang bandar Homs, Latakia dan Palmyra selepas ia melancarkan kempen pencerobohan ke atas negara tersebut sejak beberapa minggu lalu.

Iklan

Kementerian Luar di Damsyik mengutuk serangan udara tersebut yang disifatkan sebagai pelanggaran secara terang-terangan terhadap kedaulatan dan kestabilan serantau.

Ia bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci tentang impak pengeboman tersebut ke atas ketiga-tiga bandar itu.

Tel Aviv terus menyasarkan Syria meskipun ia terlibat rundingan damai untuk meredakan konflik di selatan Damsyik.

Ketika ini beberapa pihak percaya Tel Aviv cuba merampas wilayah negara Arab di bawah tuntutan hak sejarah bagi merealisasikan pelan jahat ‘Israel Raya’. - Agensi