Tragedi Sungai Linggi: Jenazah 2 beradik lemas selamat dikebumikan

Iklan
Jenazah dua beradik lemas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana di Port Dickson - FOTO: SINAR HARIAN

PORT DICKSON – Suasana pilu menyelubungi pengebumian dua beradik yang meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, minggu lalu.

Jenazah kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berusia enam dan lapan tahun itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana di sini sekitar jam 5.30 petang.

Iklan
Iklan

Bapa kanak-kanak itu yang kini direman turut dibawa polis ke tanah perkuburan, namun hanya duduk di dalam kereta sebelum dibawa pergi, sejurus selepas jenazah kedua-duanya selesai dikebumikan.

Difahamkan, lelaki berusia 46 tahun berkenaan sebelum itu dibawa ke hospital untuk melihat jenazah anaknya buat kali terakhir.

Iklan

Maslan (tiga dari kanan) dan Mohd Ruslan(dua dari kiri) hadir pada majlis pengebumian jenazah kanak-kanak lemas terbabit - FOTO: SINAR HARIAN

Selain itu, tiada waris atau ahli keluarga lain yang hadir, sebaliknya hanya penduduk kampung, anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan polis.

Iklan

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin dan Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Mohd Ruslan Mat Kib.

Dalam tragedi 4 September lalu, dua beradik itu lemas selepas kereta yang dinaiki bersama seorang wanita terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

Difahamkan ketika kejadian, kereta tersebut diparkir di tebing sungai dalam keadaan enjin dimatikan sementara bapa mangsa keluar sebentar untuk merokok.

Bagaimanapun, wanita berkenaan berjaya diselamatkan, namun kedua-dua kanak-kanak terbabit gagal diselamatkan.

Berikutan kejadian itu, bapa kanak-kanak tersebut bersama teman wanitanya ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan polis.