Stor SWM, empat lori terbakar di Sendayan

Iklan
Sebuah stor penyimpanan perkakas milik SWM Environment Sdn Bhd bersama empat lori syarikat itu musnah dalam kebakaran di Depoh SWM Sendayan Logistic, Sendayan Techvalley di sini pada Selasa.

SEREMBAN - Sebuah stor penyimpanan perkakas milik SWM Environment Sdn Bhd bersama empat lori syarikat itu musnah dalam kebakaran di Depoh SWM Sendayan Logistic, Sendayan Techvalley di sini pada Selasa.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, Ahmad Khomeini Kamarudzaman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.14 petang sebelum jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

Iklan
Iklan

Operasi padaman giat dijalankan pasukan penyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi mengesahkan berlaku kebakaran membabitkan stor penyimpanan tong sampah serta empat unit lori milik SWM.

Iklan

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.36 petang dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya menerusi kenyataan.

Antara empat lori yang terbakar dalam kejadian berkenaan.

Iklan

Menurut beliau, operasi pemadaman melibatkan anggota dari BBP Seremban 2, BBP Seremban serta pasukan Bomba TUDM Sendayan dengan kekuatan keseluruhan lebih 15 anggota dan pegawai.

Setakat ini, operasi masih dijalankan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.