Pasukan kemanusiaan ke Gaza belum terima arahan, tangguh atau teruskan misi

Iklan
Pasukan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

SHAH ALAM – Pasukan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) masih belum menerima sebarang arahan terkini berhubung pelepasan ke wilayah bergolak itu.

Salah seorang peserta misi kemanusiaan berkenaan, Rahmat Ikhsan atau PU Rahmat, memaklumkan perkara tersebut menerusi Telegram pagi ini.

Iklan
Iklan

Rahmat berkata, buat masa sekarang terdapat dua kemungkinan berhubung perjalanan mereka.

“Salam, kami baru selesai solat Subuh, belum dapat apa-apa arahan.

Iklan

“Dua kemungkinan, kami akan tangguh pelepasan atau teruskan menuju Gaza hari ini juga. Doa kalian kekuatan kami,” katanya pada Selasa.

Sebelum ini, sebanyak 24 kapal flotila berlepas dari Pelabuhan Barcelona pada Ahad lepas, membawa mesej kemanusiaan dan bantuan asas disertai lebih 1,000 peserta antarabangsa dari 44 negara termasuk 15 wakil Malaysia.

Iklan

Fasa seterusnya menyaksikan kumpulan kedua delegasi Malaysia berlepas dari sebuah pelabuhan di Itali pada 4 September 2025, serentak dengan kumpulan ketiga yang kini berada di Tunisia.

GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza.