[VIDEO] Penganggur mengaku tidak bersalah pandu bahaya sebabkan kematian anak polis

Iklan

SEREMBAN – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian anak seorang anggota polis bulan lalu.

Tertuduh, R Puvarasan, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu sebuah kereta jenis Mercedes Benz telah memandu kenderaan itu dengan cara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Che Wan Muhammad Aqif Mustaqim Che Faizal, 18.

Kesalahan itu dilakukan pada 6 Ogos 2025, kira-kira jam 6.35 pagi di Jalan Temiang, Seremban.

Iklan

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum di bawah seksyen serta akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun, serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.

Iklan

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian anak seorang anggota polis bulan lalu.

Selain itu, tertuduh juga boleh hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu untuk tempoh tidak kurang lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, P Rubini menawarkan jaminan sebanyak RM20,000.

Peguam, P S Tamil Arsoo yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum memandangkan anak guamnya tidak bekerja manakala ibunya merupakan seorang ibu tunggal.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 6 November depan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan hasrat seorang pemuda untuk menyambung pengajian tidak kesampaian apabila maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis Mercedes Benz.

Ketika kejadian, mangsa yang merupakan anak seorang anggota polis dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah stesen minyak di daerah ini.

Hasil siasatan mendapati suspek yang melanggar mangsa mempunyai lebih 10 rekod jenayah dan dikatakan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan memecut kenderaan sebelum hilang kawalan lalu merempuh mangsa.