SHAH ALAM - Sejak ditubuhkan pada 1978, kualiti kasut menjadi pegangan prinsip yang jelas sebagai tunjang utama syarikat Larrie Corporation Sdn Bhd (Larrie).
Pengarah Pemasaran Larrie, Lenson Chong berkata, kasut yang berkualiti akan sentiasa membuatkan pelanggan kembali, sedangkan produk yang tidak selesa atau cepat rosak hanya akan dipakai sekali lalu dilupakan.
Menurutnya, sejak awal penubuhan Larrie amat menitikberatkan aspek pembangunan produk, pembuatannya memastikan setiap kasut dihasilkan mempunyai potongan yang baik, tahan lama, tidak terlalu lembut dan sesuai dengan gaya hidup masyarakat moden.
"Enam tahun lalu, Larrie memperkenalkan satu inovasi penting melalui pembangunan insole antibakteria yang menjadi keistimewaan jenama ini. Tidak sekadar tuntutan pemasaran, insole tersebut telah melalui pelbagai ujian makmal bagi memastikan keselamatan dan keberkesanannya.
"Antara aspek yang diuji termasuk formaldehyde yang memastikan tiada bahan kimia berbahaya memudaratkan kesihatan, bakteria di mana insole mampu membunuh sehingga 99 peratus kuman sekali gus mengurangkan masalah bau kaki.
"Selain itu, aspek virus juga diuji termasuk virus pernafasan seperti koronavirus yang tidak dapat bertahan pada permukaan insole. Ia termasuk fungus yang mencegah jangkitan kulat kaki yang sering terjadi akibat peluh dan kelembapan," katanya kepada Sinar Harian selepas program Borak Bibir Merah (BBM) di Dewan Karangkraf, di Shah Alam, baru- baru ini.
Tambah Chong, selain antibakteria, insole ini juga mudah dicuci dan boleh dijemur di bawah cahaya matahari untuk mengekalkan kesegaran.
Ujarnya, ketahanan produk turut diiktiraf, mampu bertahan antara enam bulan hingga setahun bergantung kepada tahap penggunaan harian.
"Tidak hairanlah, ramai pelanggan yang kembali membeli kasut Larrie hanya kerana insolenya. Ada juga yang membeli insole secara berasingan kerana sudah terbiasa dengan tahap keselesaan yang ditawarkan.
"Insole ini menjadikan kasut tetap selesa dipakai walaupun selepas seminggu penggunaan intensif, tanpa meninggalkan bau atau rasa tidak selesa," katanya.
Menurutnya, walaupun membawa kualiti premium, harga kasut Larrie masih berpatutan iaitu bermula RM99 hingga RM169, bergantung pada model.
Ujarnya, bagi mengukuhkan jenama, Larrie bukan sahaja memasarkan kasut sebagai produk gaya hidup tetapi juga menghubungkan pengguna dengan aktiviti riadah.
"Pada 12 Oktober ini, Larrie mengajak orang ramai menyertai program berjalan santai di Bukit Tinggi, Klang, Selangor sebagai sebahagian daripada usaha memperkenalkan kasut kami sebagai teman perjalanan harian yang selesa dan praktikal," katanya.
Sementara itu, jurucakap Larrie untuk program BBM, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Shahrul Annuar berkata, rekaan kasut Larrie classy, elegan, simple dan versatile sesuai dipadankan dengan gaya harian, sama ada ke pejabat, majlis santai atau aktiviti riadah.
Larrie fahami budaya dan gaya hidup masyarakat tempatan
Sementara itu, jurucakap Larrie untuk program BBM, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Shahrul Annuar berkata, rekaan kasut Larrie classy, elegan, simple dan versatile sesuai dipadankan dengan gaya harian, sama ada ke pejabat, majlis santai atau aktiviti riadah.
Menurutnya, beliau pernah membeli kasut berjenama antarabangsa dengan harga mahal, tetapi tidak sampai sepuluh minit dipakai, kakinya melecet.
"Akhirnya, kasut itu hanya tersimpan di almari. Pengalaman itu membuatkan saya lebih menghargai kasut Larrie yang bukan sahaja bergaya, malah selesa dipakai seharian.
"Reka bentuknya juga mengambil kira faktor iklim tropika negara, lebih menekankan warna neutral seperti hitam, putih dan pastel yang mudah dipadankan dengan pakaian harian," katanya.
Ujarnya, sebagai jenama yang lahir dari tanah air hampir masuk ke tahun 50, Larrie memahami budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia.
Menurutnya, antara rekaan yang mendapat sambutan ialah kasut muslimah-friendly yang menutup bahagian depan sesuai dipakai dengan stoking.
"Selain itu, ada rekaan Larrie yang ringan dan tidak licin menjadikannya pilihan selamat termasuk untuk wanita hamil dan warga emas.
"Harganya yang berpatutan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memilikinya. Tak guna kalau kasut itu selesa tapi harganya terlalu mahal hingga rakyat sendiri tak mampu beli," katanya.
Tegasnya lagi, walaupun Larrie telah berkembang ke pasaran luar negara seperti Indonesia, Singapura dan Kemboja setanding dengan jenama antarabangsa, ia kekal dengan falsafah asalnya menghasilkan kasut yang berkualiti, selesa dan mampu milik.
"Setiap langkah dengan Larrie bukan sekadar tentang fesyen, tetapi juga tanda sokongan terhadap produk tempatan yang berkualiti tinggi," ujarnya.