Hilang tujuh tahun, rupa-rupanya kahwin lain

Iklan
Sheelu (kanan) terkejut melihat aksi mesra suaminya bersama wanita lain menerusi reel di Instagram. Foto Agensi

LUCKNOW - Misteri kehilangan seorang lelaki sejak hampir tujuh tahun lalu akhirnya terungkai apabila wajahnya dikesan isterinya sendiri menerusi sebuah video (reel) di Instagram.

Susulan itu, polis India menahan lelaki dikenali sebagai Jitendra Kumar atau Bablu selepas didapati menipu dan memulakan kehidupan baharu bersama wanita lain di Ludhiana, Punjab.

Iklan
Iklan

Menurut laporan pihak berkuasa, Bablu dilaporkan hilang tanpa sebarang jejak sejak 2018, setahun selepas berkahwin dengan isterinya, Sheelu.

Pasangan itu dikatakan sering bertengkar berhubung isu hantaran dan barang kemas. Sheelu akhirnya diusir daripada rumah setelah tuntutan suaminya gagal dipenuhi.

Iklan

Keluarga Sheelu kemudiannya membuat aduan kepada pihak berkuasa dan Bablu 'hilang' ketika siasatan terhadap kes itu dijalankan.

Keluarga mentuanya bagaimanapun menuduh wanita itu membunuh pelaku dan menghapuskan mayatnya.

Iklan

Selama beberapa tahum wanita itu berharap untuk menemui semula suaminya sehinggalah wajah Bablu dengan wanita lain terpampang di media sosial.

Siasatan polis mendapati lelaki tersebut sengaja mereka cerita kehilangannya dan dia telah berpindah di Ludhiana di mana dia mengahwini wanita lain serta memulakan hidup baharu.

"Bablu telah ditahan berdasarkan bukti daripada media sosial. Dia didakwa di bawah kes berkaitan bigami, penipuan dan gangguan hantaran," menurut jurucakap polis Sandila, Santosh Singh. - Agensi