Lima hari hilang, jasad Nurman ditemui terapung
Iklan
Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui terapung di Sungai Perak dekat Kampung Gajah pada Isnin. Foto ihsan Bomba Perak
PARIT - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Perak pada Rabu lalu ditemui terapung berhampiran Kampung Pasir Kubu, dekat Kampung Gajah, pada Isnin.
Jasad mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Nurman Mohd Nor, 27, dijumpai oleh seorang nelayan darat sebelum memaklumkan kepada pihak penyelamat pada jam 2 petang.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Muhammad Asyraf Mat Isa berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira enam kilometer dari lokasi terakhir dia disyaki terjatuh.
Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Perak Rabu lalu, ditemui dalam keadaan terapung berhampiran Kampung Pasir Kubu dekat Kampung Gajah pada Isnin. Foto ihsan Bomba Perak
Iklan
Menurutnya, sepasukan sembilan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada jam 2 petang.
"Anggota memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan melaksanakan kerja-kerja menaikkan mangsa ke tebing.
Iklan
"Setelah dinaikkan, mangsa disahkan telah meninggal dunia berdasarkan keadaan fizikalnya," katanya ketika dihubungi di sini.
Muhammad Asyraf berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut setelah pengecaman dibuat oleh keluarga.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto ihsan Bomba Perak
Media sebelum ini melaporkan pihak bomba menerima maklumat mengenai kehilangan lelaki itu pada jam 5.46 pagi, Jumaat lalu.
Pasukan bomba menjalankan rondaan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu. Foto ihsan Bomba Perak
Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak jam 2 petang Rabu lepas selepas keluar menguruskan lembu peliharaan, sebelum memaklumkan kepada ahli keluarga bahawa dia mahu mandi di sungai.
Bagaimanapun, mangsa tidak pulang dan hanya pakaian miliknya ditemui di Kampung Baru, Lambor Kiri.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Keputusan kediaman menempatkan Najib masih belum dimuktamadkan - Polis"><meta itemprop="description" content="Jabatan Penjara Malaysia meminta polis hadir bagi menilai aspek keselamatan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penilaian itu dibuat menerusi mesyuarat penyelarasan antara polis dan Jabatan Penjara Malaysia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797302/berita/semasa/keputusan-kediaman-menempatkan-najib-masih-belum-dimuktamadkan---polis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #JabatanPenjara #tahananrumah #NajibRazak"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T09:34:04.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/eli8c1giFeC8Gnkg3/x1080"><meta itemprop="duration" content="P145S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazpk6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazpk6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazpk6"></script>