Rakyat Malaysia ditahan di Sadao: Polis siasat kaitan sindiket dadah

Iklan
Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR - Polis sedang menjalankan siasatan sebarang kemungkinan berkaitan penahanan seorang rakyat Malaysia di Sadao, Songkhla, Thailand dengan sindiket dadah negara ini susulan rampasan senjata api serta ratusan butir peluru baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini sedang menjalankan sama ada senjata api terbabit mempunyai kaitan dengan sindiket dadah.

Iklan
Iklan

"JSJN masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan sebarang kaitan dengan sindiket dadah tempatan," katanya pada Isnin.

Terdahulu, media Thailand melaporkan lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 5.35 petang di sebuah sekatan jalan raya oleh anggota Balai Polis Daerah Sadao.

Iklan

Pemeriksaan terhadap kenderaan jenis Kia bernombor pendaftaran Malaysia yang dipandu suspek menemukan dua laras raifal M4 bersama 300 butir peluru kaliber 5.56 milimeter (mm).

Turut dirampas ialah tujuh magazin peluru 5.56mm, 100 butir peluru kaliber.45mm dan 50 butir peluru kaliber 9mm.

Iklan

Kesemua senjata dan peluru itu dirampas untuk siasatan lanjut oleh pihak berkuasa Thailand.