Anggota bomba Kelantan bebas dadah

Iklan
Farhan Sufyan (depan, tiga dari kiri) semasa merasmikan Majlis Perhimpunan Kali Ke-5 Tahun 2025 di JBPM Kelantan Tunjung di Kota Bharu pada Isnin. FOTO: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU - Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bebas daripada penyalahgunaan dadah yang boleh mencemarkan imej pasukan.

Pengarah negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, walaupun tiada kes direkodkan pada tahun ini, namun pihaknya tetap melakukan pemantauan secara berkala dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Iklan
Iklan

“Setiap tahun memang ada pemantauan, termasuk lawatan mengejut bagi menjalankan ujian air kencing terhadap anggota.

“Hanya ada satu kes direkodkan pada tahun 2024 di mana tindakan tatatertib dan mahkamah sedang diambil,” katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.

Iklan

Sebelum itu beliau merasmikan Majlis Perhimpunan Kali Ke-5 Tahun 2025 di JBPM Kelantan Tunjung.

Menurutnya, saringan air kencing turut dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun di setiap balai bomba di seluruh negeri.

Iklan

Ujarnya, jika dikenal pasti terdapat anggota yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menjalankan saringan air kencing secara mengejut.

“Alhamdulillah, setakat ini JBPM Kelantan kekal bebas dadah dan kita berharap keadaan ini berterusan sehingga masa akan datang,” katanya.