Warga emas maut terjatuh ke dalam lubang sedalam lebih 3 meter

Iklan
Sawat terjatuh ke dalam sebuah lubang sedalam lebih tiga meter di laluan yang sering digunakan penduduk tempatan di wilayah Phayao, Thailand. - Foto: Chiang Rai Report

BANGKOK – Seorang lelaki berusia 64 tahun maut selepas terjatuh ke dalam sebuah lubang sedalam lebih tiga meter di laluan yang sering digunakan penduduk tempatan di wilayah Phayao, Thailand.

Menurut laporan Thaiger pada Ahad, insiden tragis itu mencetuskan desakan penduduk agar pihak berkuasa segera memeriksa kawasan berkenaan dan melaksanakan langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Iklan
Iklan

Kejadian berlaku pada jam 12.37 tengah hari (waktu tempatan) pada Ahad apabila pihak polis menerima laporan mengenai seorang lelaki yang terjatuh ke dalam lubang berhampiran jalan pertanian menuju ke Baan San Luang.

Pasukan penyelamat, pegawai pencegahan bencana dari Krai Thong serta doktor forensik dikerahkan ke lokasi sejurus selepas laporan diterima.

Iklan

Lubang tersebut dianggarkan sedalam kira-kira 3.5 meter, cukup besar untuk menjerumuskan mangsa ke dalamnya.

Mayat warga emas dikenali sebagai Sawat ditemui di dasar lubang berkenaan.

Iklan

Pasukan penyelamat dengan bantuan ahli keluarga kemudian berjaya mengeluarkan mayat mangsa.

Pemeriksaan awal oleh doktor forensik dan pihak polis mengesahkan kematian itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.