Bila si otak sempit bandingkan bantuan Gaza dengan SARA

Iklan
Pengunjung memanfaatkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 dengan membeli barangan keperluan harian. Gambar hiasan Foto Bernama

PELIK betul perangai manusia ini. Bila kerajaan umum peruntukan keseluruhan RM200 juta untuk pembangunan Gaza. Terus ada suara-suara sumbang bising, konon rakyat Malaysia lebih layak dapat.

Konon bantuan SARA RM100 one-off itu tak cukup nak isi perut.

Iklan
Iklan

Lima hari je SARA RM100 jalan, dah lebih RM106 juta berlegar dalam ekonomi negara.

Orang beli beras, minyak, kicap, sardin dan pelbagai barang keperluan lain.

Iklan

Duit itu berpusing dari pasar raya ke kilang PMKS bumiputera, ke poket pekerja, sampai ke petani kampung.

Itu orang ekonomi panggil multiplier effect. Bahasa mudah: RM100 jadi RM300!

Iklan

Bab Gaza pula, jangan buat lawak. Kali ini kerajaan tak bagi makanan semata-mata.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sendiri cakap peruntukan RM200 juta itu fokus pada pembangunan semula Gaza, bukan setakat hantar beras yang akhirnya dibuang sebab Zionis block masuk.

Maknanya strategi kali ni lebih bijak, ada kerjasama antarabangsa dengan negara maju seperti Jepun pun nak terlibat.

Bukan baru hari ni kita berjuang bela Palestin. Bukan kerana nak glamor kerana iltizam perjuangan itu sudah membara sejak zaman Perdana Menteri terdahulu lagi. Tapi pendirian Malaysia tak pernah berganjak: Palestin mesti merdeka, tanpa syarat.

Jadi yang masih menyalak 'eh, rakyat kita dulu la...', cuba cermin diri.

Rakyat Malaysia masih boleh berselera makan nasi lemak sotong, boleh belek TikTok sambil marah harga ayam naik 50 sen. Di Gaza, anak kecil mati dibedil bom.

Kesimpulannya mudah, kerajaan mampu bantu dua-dua sekali – rakyat tempatan dan Palestin. Tapi kalau masih nak persoal, itu bukan tanda prihatin, tapi jiwa kedekut.

Rezeki kita ada, cuma bila ada individu otak sempit buat nampak macam tak cukup. Gaza pula? Itu soal maruah umat, pembelaan nasib saudara seagama dan prinsip sejagat.

Kalau masih tak faham, barangkali jiwa puak-puak buta hati ini dah beku macam batu nisan.