Mayat wanita dikenal pasti, enam individu ditahan bantu siasatan

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai seorang anggota polis cedera selepas ditembak dan ditikam oleh seorang suspek ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta mencurigakan di Simpang Pulai pada Ahad.

IPOH - Polis menahan enam individu bagi membantu siasatan kes seorang anggota polis cedera ditembak serta penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kereta di Simpang Pulai, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, mereka yang ditahan mempunyai hubungan kekeluargaan terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita.

Iklan
Iklan

“Kesemua mereka ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya ringkas ketika dihubungi pemberita.

Menurut Noor Hisam, identiti mayat wanita yang ditemukan di bahagian tempat duduk belakang kereta di kawasan kebun kelapa sawit itu telah dikenal pasti sebagai warga tempatan berusia 62 tahun.

Iklan

Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian wanita itu adalah akibat kelemasan.

“Kereta yang digunakan bukan kenderaan curi. Kes ini kini disiasat dengan lebih terperinci termasuk kaitannya dengan suspek utama,” katanya.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera selepas ditembak dan ditikam oleh seorang suspek ketika cuba memeriksa sebuah kereta mencurigakan di kawasan Taman Desa Pakatan.

Suspek bertindak melarikan diri sebelum meninggalkan kereta tersebut.

Siasatan lanjut polis ke atas kenderaan itu kemudiannya menemukan mayat seorang wanita.