Angkara botol minuman jatuh, dua cedera kereta bertembung

Iklan
Dua pemandu cedera ringan selepas kenderaan yang dipandu mereka bertembung dalam kemalangan di Jalan Tanjung Minyak pada Sabtu.

MELAKA - Dua pemandu cedera ringan selepas kenderaan yang dipandu mereka bertembung dalam kemalangan di Jalan Tanjung Minyak pada Sabtu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam apabila pemandu sebuah Toyota Vios, lelaki berusia 36 tahun, dipercayai hilang kawalan ketika cuba mengambil botol minuman yang terjatuh di dalam keretanya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata ketika kejadian, lelaki itu dalam perjalanan dari Bukit Rambai ke Lorong Pandan.

Pertembungan tersebut menyebabkan Toyota Vios terbakar.

“Ketika cuba mengambil botol air yang terjatuh, kenderaan dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Myvi dipandu wanita berusia 25 tahun,” katanya menerusi kenyataan.

Iklan

Pertembungan tersebut menyebabkan Toyota Vios terbakar, namun kedua-dua mangsa berjaya menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu Vios mengalami sakit dada, manakala pemandu Myvi pula mengalami sakit di beberapa bahagian anggota badan.

Iklan

“Kedua-duanya kini dirawat di Hospital Melaka,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.