14 individu didakwa bunuh Muhammad Haikal
Iklan
Kesemua tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gurun pada Khamis atas dakwaan membunuh Muhammad Haikal, minggu lalu.
SUNGAI PETANI - Seramai 14 individu berusia 16 hingga 24 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gurun pada Khamis atas dakwaan membunuh seorang remaja berusia 19 tahun, minggu lalu.
Tertuduh ialah Muhammad Asyraaf Muhammad Zaidi, 20; Muhammad Azrul Rahimi Muhamad Yusri, 18; Ahmad Izzul Irfan Ridduan 21; Muhammad Rhahimy Abdul Rashid, 19; Yusman Hakimi Yusmezal, 24; dan Muhammad Zulfaqar Zulkarnain Khairol Fais, 21.
Iklan
Iklan
Selain itu, Muhammad Aiman Riduwan Abdullah, 21; Ahmad Aiman Danial Ahmad Wizam, 21; Muhammad Adam Haris Rosdan, 21; Muhammad Muqkriz Azizan, 21; Muhammad Adam Iqbal Mohd Wazir, 19; Syafiq Afif Syarafuddin Abd Ghapar, 23, dan dua remaja bawah umur.
Kesemua tertuduh didakwa bersama-sama membunuh Muhammad Haikal Mohd Shahrilnizam, 19, di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Sungai Petani, Gurun, antara jam 9 malam, 5 Oktober hingga 7.30 pagi, 8 Oktober lalu.
Iklan
Muhammad Haikal
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Iklan
Jika sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dihukum mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun. Jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan minimum 12 kali.
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Gurun pada Khamis.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nurhazirah Tuan Yahya manakala Peguam Mohamad Ashraf Ahmad Sohaimi mewakili tiga daripada tertuduh.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Majistret Anis Suraya Ahmad menetapkan sebutan semula kes pada 23 Disember depan bagi mendapatkan laporan kimia dan forensik.
Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki berpakaian sukan warna hitam dan kuning ditemukan terbaring di tepi semak dekat Jalan Harvard - Gurun pada 8 Oktober lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah dilaporkan berkata, mangsa disyaki dikurung selama dua hari dan diseksa sebelum meninggal dunia, manakala mayatnya kemudian dibuang di tepi jalan.
Pemandu kereta BYD Seal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis atas tiga pertuduhan, termasuk memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Sabtu minggu lalu.
Pegawai bank, Raeven Goh Wey Haur, 24, yang memakai baju-T berwarna hijau, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Aliaa Anwar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800530/berita/semasa/pemandu-byd-didakwa-pandu-berbahaya-sebabkan-kematian-adik-asiah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.