Bersatu Sungai Buloh kesal insiden ketika ucapan dasar Presiden

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai kekecohan yang berlaku ketika Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2025. Foto kecil: Shahrulnizam

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Sungai Buloh menzahirkan rasa kecewa terhadap insiden yang berlaku semasa ucapan dasar Presiden parti pada Sabtu malam, memandangkan amalan sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.

Menurut Ketua Penerangannya, Shahrulnizam Abdul Razak, sebahagian pihak masih diliputi rasa takut dan trauma setelah menyaksikan kejadian itu buat pertama kali.

Iklan
Iklan

“Persoalan yang timbul kini adalah sejauh mana jaminan keselamatan serta ketenteraman semua perwakilan yang hadir,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan keperluan mempertingkatkan kawalan keselamatan sepanjang sesi usul perwakilan yang dijadualkan berlangsung pada Ahad.

Iklan

"Ini bagi memastikan setiap perwakilan dapat menyuarakan pandangan mereka mengenai parti dan hala tuju secara bebas.

“Kejadian yang berlaku malam ini tidak seharusnya dijadikan tekanan atau ugutan yang boleh mengekang kebebasan bersuara mana-mana pihak,” katanya lagi.

Iklan