Tiga rumah termasuk rumah burung musnah terbakar di Pulau Ketam

Iklan
Kebakaran memusnahkan tiga buah rumah termasuk rumah burung dalam kejadian di Pulau Ketam di sini pada Sabtu.

PELABUHAN KLANG - Dua buah rumah dan sebuah rumah burung musnah dalam kebakaran di Pulau Ketam di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.30 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 10 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pulau Ketam digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai berkenaan.

"Kebakaran melibatkan dua rumah kelas C iaitu rumah pertama berkeluasan 50 x 40 kaki persegi terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi berkeluasan 20 x 40 kaki persegi terbakar 30 peratus.

Iklan

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya menerusi tindakan pantas pihak bomba dalam kejadian di Pulau Ketam pada Sabtu.

"Selain itu turut terbakar sebuah rumah burung berkeluasan 20 x 20 kaki yang mengalami kemusnahan kira-kira 80 peratus," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, operasi dijalankan berjaya mengawal api sepenuhnya pada jam 1.30 tengah hari sebelum ditamatkan pada jam 2.50 petang.

"Tiada mangsa terlibat dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya oleh anggota PBS Pulau Ketam.

"Punca sebenar serta kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan," katanya.