Kes Ivana Smit: Jabatan Peguam Negara tunggu tarikh pengurusan rayuan

Iklan
Ivana Esther Robert Smit.

KOTA BHARU – Jabatan Peguam Negara menunggu tarikh pengurusan kes selepas notis rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati kerajaan dan polis cuai dalam siasatan kematian model warga Belanda, Ivana Esther Robert Smit.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, proses selanjutnya termasuk sebutan semula kes sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan.

Iklan
Iklan

“Proses seterusnya perlu ada tarikh pengurusan, sebutan semula dan sebagainya. Jadi, buat masa ini kita tunggu perkembangan daripada mahkamah.

“Jika ada tarikh yang sudah ditetapkan, kita akan maklumkan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Infrastruktur Awam, Program Kampung Angkat Madani, Jabatan Peguam Negara 2025 di Kampung Padang Tembak di sini pada Sabtu.

Iklan

Pada Mei lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan pembayaran ganti rugi RM1.1 juta kepada ibu Ivana, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen.

Rayuan berhubung keputusan itu difailkan kerajaan pada 18 Ogos lalu.

Iklan

Sebelum ini, mayat Ivana ditemukan di balkoni tingkat enam sebuah kondominium di Kuala Lumpur, lapan tahun lalu.

Christina memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Pegawai Penyiasat Dang Wangi ASP Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia selaku defendan atas dakwaan melanggar kewajipan statutori serta cuai dalam siasatan berhubung punca kematian anak perempuannya.

Dalam penghakimannya, Hakim Roz Mawar Rozain memerintahkan defendan membayar RM500,000 sebagai ganti rugi am, RM300,000 ganti rugi teruk dan RM300,000 ganti rugi teladan.