LONDON - Angela Rayner pada Jumaat meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri dan setiausaha perumahan selepas gagal melunaskan cukai sepenuhnya ke atas sebuah pangsapuri yang dibelinya pada Mei, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Peletakan jawatan itu dibuat selepas tekanan yang semakin meningkat ke atasnya untuk berundur berhubung pembelian rumahnya di Hove, sebuah pusat peranginan tepi laut di East Sussex, Britain.