Johor bina lintasan hidupan liar pertama di Kahang-Mersing
Iklan
Tian Soon (kanan) melawat Laluan lintasan hidupan liar pertama di Johor bakal dibina di jalan utama FT50.
KLUANG – Laluan lintasan hidupan liar pertama di Johor bakal dibina di jalan utama FT50 yang menghubungkan Kahang ke Mersing bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya melibatkan haiwan liar.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, projek berkenaan akan melibatkan pembinaan jejambat khas sepanjang 200 meter dengan ketinggian lapan meter di kawasan hutan seluas 31,000 hektar yang menjadi habitat harimau Malaya, gajah, tapir Malaya serta harimau bintang.
Iklan
Iklan
Laluan lintasan hidupan liar pertama di Johor bakal dibina di jalan utama FT50 yang menghubungkan Kahang ke Mersing.
“Kawasan berkenaan merupakan sebahagian daripada Central Forest Spine (CFS) yang menghubungkan Hutan Simpan Labis hingga ke Mersing serta Hutan Simpan Panti di Kota Tinggi.
Iklan
“Beberapa rakaman sebelum ini menunjukkan haiwan liar melintas di jalan ini, malah pernah berlaku kemalangan membabitkan kenderaan yang melanggar haiwan,” katanya selepas menerima taklimat mengenai projek berkenaan.
Hadir sama, Pegawai Daerah Mersing, Jamil Hasni Abdullah.
Iklan
Tambah Tian Soon, projek dengan kos keseluruhan RM66 juta itu turut merangkumi kajian awal, pemindahan infrastruktur, pembinaan jalan sementara dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2028.
“Usaha yang dilakukan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif memelihara ekologi semula jadi sambil memastikan pembangunan negeri terus seimbang dengan aspek pemuliharaan alam sekitar,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>