Caj KLIA didakwa bebankan pemandu e-hailing, pengguna

Iklan
Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia menyifatkan caj bayaran yang bakal dikenakan di laluan pelepasan dan ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak masuk akal dan membebankan pemandu e-hailing dan pengguna.

SHAH ALAM – Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia menyifatkan caj bayaran yang bakal dikenakan di laluan pelepasan dan ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak masuk akal dan membebankan pemandu e-hailing dan pengguna.

Menurut kenyataan itu, Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kini sedang menguji sistem Vehicle Access Management System (VAMS) di Terminal 1 dan Terminal 2 selepas pelaksanaan sistem sama di lokasi ‘pick-up’ sebelum ini.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, meskipun terdapat pengendali e-hailing (EHO) seperti Grab Malaysia yang memulangkan caj RM2 kepada pemandu, sistem itu masih menimbulkan rungutan kerana proses mengambil penumpang menjadi lebih lama selain lokasi menunggu yang panas serta tidak selesa di Terminal 2.

"Isu ini bukan saja melibatkan pemandu, malah pengguna KLIA turut menerima kesannya.

Iklan

"MAHB tidak wajar menggunakan alasan kesesakan di Departure Lane dan Arrival Lane untuk sewenang-wenangnya mengenakan bayaran yang sekali membebankan semua pihak terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan itu turut mempersoalkan sama ada sistem ujian itu sudah mendapat kelulusan Kementerian Pengangkutan.

Iklan

"Adakah pemandu e-hailing dan pengguna KLIA dijadikan bahan ujian hingga menyusahkan kami?

"Faktor seperti warga emas, bagasi serta masa tambahan ketika waktu puncak perlu diambil kira sebelum mengenakan penalti sehingga RM100,” tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, apa yang lebih wajar dilakukan adalah menempatkan lebih ramai penguat kuasa trafik untuk mengawal lalu lintas berbanding memperkenalkan caj baharu yang jelas membebankan.

"Terdapat segelintir pemandu dan pengguna mengambil masa lebih lama di laluan pelepasan, namun keadaan itu tidaklah sampai mencetuskan kesesakan teruk.

"Bagaimana pula ketika waktu puncak? Pada masa itu, pemandu e-hailing memerlukan lebih masa untuk menurunkan penumpang, manakala pengguna pula memerlukan masa tambahan untuk mengurus bagasi atau beratur di pintu masuk," jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak Kementerian Pengangkutan campur tangan serta mencari penyelesaian lebih adil agar kebajikan pemandu e-hailing dan pengguna KLIA tidak terus terhimpit.

"Kementerian Pengangkutan perlu bekerjasama dengan pihak penguatkuasaan trafik bagi mengawal kesesakan dan bukannya membebankan pemandu e-hailing," kata kenyataan itu.