Lebih RM200 juta Bantuan Wang Ihsan diagih kepada mangsa banjir - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid (tiga dari kiri) ketika menghadiri dan menyempurnakan Majlis Pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2026 di Kuala Nerus pada Ahad.

KUALA NERUS – Lebih RM200 juta Bantuan Wang Ihsan (BWI) telah diagihkan kepada ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini sebanyak 97 peratus pembayaran telah berjaya diselesaikan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, baki tiga peratus lagi dijangka dapat disalurkan dalam tempoh terdekat selepas proses pengemaskinian dokumen dan butiran oleh Jawatankuasa Bencana di peringkat daerah disempurnakan.

"Pembayaran yang kita lakukan setakat ini sudah mencapai 97 peratus. Baki tiga peratus lagi melibatkan dokumen dan maklumat yang masih belum dikemas kini.

Iklan

"Saya jangkakan proses ini tidak mengambil masa lebih daripada tiga bulan sebaik sahaja dokumen berkenaan diperoleh,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2026 di sini, pada Ahad.

Iklan

Ahmad Zahid berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut melaksanakan penambahbaikan terhadap mekanisme pembayaran BWI bagi memastikan agihan bantuan dapat dilakukan dengan lebih pantas.

Jelasnya, langkah itu membolehkan bantuan disalurkan ketika mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

"Apabila wang bantuan diperoleh lebih awal, mangsa boleh segera memperbaiki kerosakan barangan dan perkakasan rumah atau melakukan pembaikan awal terhadap kediaman yang terjejas akibat banjir," katanya.

 

 

.