Solat hajat, doa perlindungan bencana gempa perlu diteruskan - Exco Agama

Iklan
Mohd Fared (tengah) menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang akan menyambung pengajian ke luar negara.

ISKANDAR PUTERI – Umat Islam di negeri ini diingatkan untuk terus melaksanakan solat hajat dan berdoa memohon perlindungan susulan beberapa gegaran gempa bumi lemah yang berlaku di beberapa daerah sejak minggu lalu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, amalan doa dan solat hajat tidak seharusnya hanya dilakukan ketika berlakunya bencana, sebaliknya perlu diteruskan pada setiap masa sebagai usaha memohon keselamatan dan kesejahteraan.

Iklan
Iklan

“Doa dan solat hajat ini wajar diteruskan tanpa mengira waktu, bukan hanya ketika berlaku gegaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanat dan sumbangan kepada pelajar anak Johor yang menyambung pengajian ke luar negara, baru-baru ini.

Iklan

Sebelum itu, pada petang Rabu, satu lagi gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 direkodkan di Sri Medan, Parit Sulong.

Lima gegaran turut direkodkan di Segamat bermula dengan kejadian pertama pada 6.13 pagi, 24 Ogos lalu dengan magnitud 4.1; 8.59 pagi, Rabu (3.2); 7.56 malam, Khamis (2.5); 4.24 pagi, Jumaat (3.4); dan 7.29 pagi, Sabtu (2.7).

Iklan

Pada 24 Ogos, satu gegaran turut direkodkan di Yong Peng, 28 kilometer Barat Laut Kluang dengan magnitud 2.8.

Sementara itu, gegaran bermagnitud 3.0 dilaporkan berlaku di Semerah, Batu Pahat, pada jam 1.57 petang Ahad lalu, menurut mesej pemberitahuan dalam Google.

Dalam pada itu, Mohd Fared berkata, solat hajat khusus bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin turut akan diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar pada Ahad ini atas titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

“Program itu juga disertai dengan penyerahan sumbangan kerajaan negeri kepada Tabung Kasih Palestin dan dijangka dihadiri kira-kira 1,000 jemaah.

“Difahamkan pemain-pemain pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim akan menyertai program berkenaan,” ujarnya.