BATU PAHAT - Seorang lelaki warga emas kerugian RM563,560 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, lelaki berusia 73 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan di laman Facebook yang menawarkan keuntungan tinggi pada 2 April lepas.