SHAH ALAM - Salah satu jenama penjagaan kulit paling dipercayai di Malaysia, Nutox memperkenalkan inovasi terbaharu, Nutox Targeted Serum yang direka khas untuk memenuhi kehendak generasi ‘zillennial’.
Pengurus Besar (Komersial) Tohtonku Sdn Bhd, Winnie Pok berkata, pengenalan fitur baharu itu antara solusi pintar berkonsep skinimalism dengan rekaan pembungkusan moden bertona pastel.
“Rangkaian ini menawarkan penyelesaian khusus untuk pencerahan, hidrasi, penegangan kulit dan penenangan kulit yang mana semuanya dengan manfaat antipenuaan terbina.
“Pelancaran produk ini menyerlahkan lagi komitmen kami dalam menyampaikan penjagaan kulit berkesan dan ringkas, seiring dengan gaya hidup moden serta kesedaran pengguna terhadap kandungan produk,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena majlis pelancaran berkonsepkan Secret Garden Wonderland di Twentyfive7 Experience Gallery, Telok Panglima Garang, Selangor baru-baru ini.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2006, Nutox telah membina reputasi berasaskan bahan-bahan unggul berprestasi tinggi dan sistem penghantaran berkuasa sekali gus menjadikan ia antara peneraju dalam penjagaan kulit antipenuaan.
Dengan pelancaran Targeted Serum Range, Nutox melangkaui rangkaian sedia ada dengan menghasilkan produk yang bukan sahaja berkesan tetapi menarik dari segi visual dan emosi untuk pengguna muda.
Pendekatan tersebut sejajar dengan trend skinimalism yang mana fungsi produk yang pelbagai dapat memberikan hasil maksimum tanpa membebankan rutin penjagaan kulit.
Pada masa sama, Winnie turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengurus Besar (Komersial) Guardian, Tiffany Choo atas sokongan jangka panjang terhadap Tohtonku.
“Dengan kehadiran kukuh Guardian dan kepercayaan pengguna, kami yakin rangkaian ini akan menarik pengguna baharu dan membuka peluang pertumbuhan bermakna untuk jenama Nutox,” ujarnya.
Nutox turut bekerjasama dengan bakat kreatif @Yello_banana, Alice Wong untuk mencipta empat watak unik yang mewakili keperluan kulit dan mood peribadi.
Watak-watak tersebut memberi sentuhan mesra, dekat di hati dan menyeronokkan kepada penceritaan jenama sekali gus menjadikan penjagaan kulit lebih peribadi dan mudah didekati.