Wayang Kulit Warisan Enam Saudara

Iklan

Keunikan seni warisan terus menyerikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 dan Ulang Tahun ke-100 Sekolah Kebangsaan (SK) Jelempok, apabila Kumpulan Wayang Kulit Warisan Enam Saudara mempersembahkan kehebatan tradisi budaya yang semakin jarang dipertontonkan.

Tok Dalang kumpulan berkenaan, Azhar Ruslan, 44, melakukan persiapan sebelum persembahan dimulakan. Dengan iringan muzik tradisional serunai, gedombak, geduk, canang dan gong, seni bayangan itu kembali menghidupkan nostalgia warisan masyarakat.

Iklan
Iklan

Ditubuhkan sejak 2007, kumpulan yang mempunyai enam pemuzik tradisional itu kekal aktif memperjuangkan seni wayang kulit agar tidak pupus ditelan zaman.

Menurut Azhar, minatnya bermula sejak berusia 10 tahun ketika di bangku sekolah rendah, di bawah bimbingan seorang tokoh terkenal, Tok Wi, yang mahir dalam bidang tersebut.

Iklan
Iklan

Wayang kulit ini bukan sekadar hiburan, tetapi mengandungi nilai sejarah, pendidikan dan falsafah hidup dan berharap seni warisan ini dapat terus diperturunkan kepada generasi akan datang sebagai identiti budaya bangsa. Sepanjang penubuhannya, Kumpulan Wayang Kulit Warisan Enam Saudara bukan sahaja menghiburkan masyarakat tempatan, malah pernah dijemput membuat persembahan di pentas antarabangsa, termasuk di Thailand dan Indonesia.