KEBAKARAN longgokan kayu dan tayar terpakai di Jalan KSB Impression 8, Kota Syahbandar di Melaka yang bermula tengah hari Khamis telah merebak ke kawasan belukar seluas 3.24 hektar.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, setakat 5.30 petang Khamis, operasi memadam kebakaran masih dijalankan dengan kekuatan 26 anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP).