Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka China
Iklan
Anwar turut mengadakan pertemuan dengan barisan pimpinan Persatuan Industri Semikonduktor China (CSIA) diketuai oleh Pengerusi Chen Nanxiang yang juga Pengerusi Yangtze Memory Technologies. Foto Bernama
BEIJING - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai beberapa siri perbincangan strategik dengan kalangan pemimpin industri terkemuka China pada Selasa dalam usaha melonjakkan pelaburan selain meneroka peluang serta kerjasama baharu.
Anwar yang juga Menteri Kewangan, kini berada di ibu negara China sempena lawatan kerja rasmi selama empat hari.
Iklan
Iklan
Pada pagi ini, beliau mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi JD.com yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif JD Logistics merangkap Ahli Eksekutif Strategi, Hu Wei.
JD.com yang tersenarai dalam NASDAQ 100 dan syarikat Fortune Global 500, adalah peruncit e-dagang terbesar di China yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 580 juta orang yang membeli-belah di serata China.
Iklan
Syarikat dipacu teknologi itu mengendalikan infrastruktur penunaian pesanan terbesar di China yang membolehkan 90 peratus pesanan dihantar pada hari sama atau berikutnya.
Selain itu, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan barisan pimpinan Persatuan Industri Semikonduktor China (CSIA) diketuai oleh Pengerusi Chen Nanxiang yang juga Pengerusi Yangtze Memory Technologies.
Iklan
CSIA adalah sebuah badan induk yang melibatkan syarikat, pakar dan institusi dalam bidang pembuatan, reka bentuk dan pembangunan berkaitan dengan industri semikonduktor.
Turut hadir dalam mesyuarat perniagaan itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Bernama 
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>