Kes Zara Qairina: Penularan berita tak berasas tambah luka, buka ruang perpecahan umat
Iklan
Zara Qairina Mahathir
KOTA KINABALU - Dewan Ulama Pas Negeri Sabah (DUPNS) memandang serius dengan penyebaran berita dan dakwaan tidak berasas yang mengaitkan Mufti Sabah dan timbalannya dengan proses penggalian semula jenazah Zara Qairina Mahathir.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Sabah, Amiruddin Mohd Rosdi berkata, DUPNS menegaskan bahawa tuduhan tersebut bersifat fitnah sekiranya tiada bukti kukuh yang sahih daripada pihak berautoriti.
Iklan
Iklan
"Penyebaran berita tanpa pengesahan boleh mencetuskan kekeliruan, salah faham dan perpecahan dalam masyarakat. Islam sangat menekankan prinsip tabayyun (pengesahan maklumat).
"DUPNS menyokong hak rakyat untuk menuntut keadilan dan menzahirkan hak bersuara.
Iklan
"Namun, kebebasan ini hendaklah dilakukan secara berhemah, berlandaskan fakta, dan tidak melibatkan penyebaran fitnah atau berita palsu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Amiruddin berkata, pihaknya menegaskan bahawa keadilan tidak boleh ditegakkan dengan kezaliman yang lain.
Iklan
"Menyebarkan tuduhan tanpa bukti terhadap mana-mana pihak, khususnya institusi agama, hanya akan menambah luka dan membuka ruang kepada perpecahan umat.
"Sehubungan itu, DUPNS menyeru seluruh rakyat, khususnya umat Islam agar menjaga adab dan etika dalam menyampaikan maklumat.
"Menghentikan sebarang penyebaran berita yang tidak sahih dan mengutamakan perpaduan dan keharmonian masyarakat," katanya.
Katanya, DUPNS juga menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu atau pihak yang menyebarkan berita fitnah bagi menjaga kehormatan institusi agama dan keamanan negeri.
"Kami menegaskan komitmen DUPNS untuk terus berdiri bersama rakyat dalam memperjuangkan kebenaran, keadilan, dan perpaduan umat di Sabah," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>