Video AI Ketua UMNO Padang Serai jadi umpan scammer

Iklan
Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Datuk Asmadi Abu Talib membuat laporan polis selepas menjadi mangsa penyamaran digital apabila dua akaun TikTok palsu dikesan menggunakan nama, gambar dan suara beliau yang dipercayai dihasilkan melalui teknologi kecerdasan buatan (AI).

ALOR SETAR - Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Datuk Asmadi Abu Talib membuat laporan polis selepas menjadi mangsa penyamaran digital apabila dua akaun TikTok palsu dikesan menggunakan nama, gambar dan suara beliau yang dipercayai dihasilkan melalui teknologi kecerdasan buatan (AI).

Kejadian itu dimaklumkan pada malam 31 Ogos lalu oleh ahli UMNO bahagian yang menyedari kewujudan akaun mencurigakan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut laporan polis yang dibuat pada Isnin, akaun TikTok berkenaan dipercayai diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan kewangan.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisoner Baderulhisham Baharudin berkata, siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) bagi mengenal pasti dalang di sebalik akaun palsu tersebut.

Iklan

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan rayuan atau janji bantuan kewangan yang disampaikan melalui video melibatkan tokoh politik atau selebriti, kerana ia mungkin telah disunting atau dihasilkan menggunakan teknologi AI,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas beliau, kandungan video yang dimuat naik bersifat mengelirukan dan boleh mencetuskan persepsi salah dalam kalangan masyarakat, termasuk dakwaan kononnya pengadu terlibat dalam urusan bantuan kewangan.

Iklan

Menurutnya, sebagai Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, pengadu menyuarakan kebimbangan terhadap penyalahgunaan identiti beliau yang boleh menyebabkan kerugian kepada orang awam.

"Masyarakat diingatkan agar menyemak kesahihan maklumat sebelum membuat sebarang transaksi kewangan dan tidak memindahkan wang kepada individu yang tidak dikenali.

"PDRM menyeru orang awam agar menjadi pengguna bijak dan sentiasa berwaspada terhadap penipuan dalam talian yang semakin canggih," ujarnya.